Carian
Xiaomi Menjadualkan Pelancaran Produk Baru Pada 15 September 2021
August 23, 2021 Aman

Xiaomi kini telah mengacah pengenalan produk baharu mereka akan datang, pada 15 September 2021 kelak. Pelancaran ini dilihat adalah pada peringkat global, dan turut diacah oleh pihak Xiaomi Malaysia.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah produk baharu yang akan diperkenalkan. Untuk makluman, pihak Xiaomi baru sahaja memperkenalkan Mi Mix 4 dan Mi Pad 5 untuk pasaran China, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperluaskan ke pasaran global atau sebaliknya.

Selain itu, akhir-akhir ini, desas-desus berkenaan dengan Xiaomi Mi 11T sedang hangat diperkatakan. Mengikut desas-desus, Xiaomi Mi 11T dijangka akan dilengkapi cip pemprosesan berkuasa daripada MediaTek, selain tri-kamera dibelakang.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 15 September 2021 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak Xiaomi.

Komen