Nubia Red Magic 6S Pro Akan Dilancarkan Pada 6 September
August 24, 2021
ZTE
Effi Saharudin
Peranti untuk permua Nubia Red Magic menawarkan kemampuan grafik yang tinggi tetapi pada harga jualan yang lebih mesra dompet. Mereka telah melancarkan Nubia Red Magic 6 di Malaysia pada Jun yang lalu dan kini di China Nubia Red Magic 6S Pro pula akan dilancarkan pada 6 September.

Poster rasmi pelancaran Red Magic 6S Pro telah dikongsi menerusi laman Weibo rasmi syarikat. Seperti kesemua peranti untuk permua yang dikemaskini, Red Magic 6S Pro akan menggunakan cip Snapdragon 888+ yang lebih berkuasa dam skrin 165Hz. Strategi yang digunakan adalah sama seperti ASUS ROG Phone 5s yang sekadar mengubah komponen pemproses tanpa mengubah spesifikasi lain telefon pintar.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.