Apple Mempatenkan Ciri Mengawal Peranti Dengan Hembusan Nafas

Diterbitkan pada Ogos 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat pelbagai cari peranti boleh dikawal. Paling mudah ialah menerusi skrin sesentuh dan pada Android 12 misalnya ialah boleh dikawal menggunakan raut wajah pengguna OKU. Apple telah dianugerahkan paten untuk sebuah lagi teknik input mengawal peranti iaitu dengan hembusan nafas.

Sistem menghembus nafas ke arah peranti untuk mengawalnya dipatenkan oleh Apple ke USPTO pada awal tahun lalu dan diluluskan minggu ini. Dalam lukisan skematik, sistem ditunjukkan pada sebuah iPhone dan Apple Watch. Antara yang boleh dilakukan ialah menjawab telefon dan menghidupkan peranti dengan hembusan nafas.

Sensor pada peranti mengesan perubahan tekanan udara apabila ditiup bagi mengaktifkan sistem. Pada Apple Watch ciri menjawab telefon dengan menggenggamkan jari tangan sudahpun diumumkan sebagai salah satu sistem ketercapaian (accessability) untuk golongan OKU. Sistem ini di atas kertas boleh juga digunakan oleh OKU lumpuh untuk mengawal peranti.

Sumber PhoneArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami