Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kini mengumumkan yang mana Program Jaringan Prihatin yang menawarkan bantuan RM180 atau RM300 untuk kumpulan B40 dilanjutkan sehingga 30 September 2021 kelak.

Sebelum ini, pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin hanya ditawarkan sehingga 31 Julai 2021. Dengan lanjutan tempoh ini, ia akan memberikan lebih masa kepada orang ramai dalam mendaftar dan menikmati faedahnya.
Program Jaringan Prihatin telah diumumkan dalam membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung golongan isi rumah berpendapatan rendah – apatah lagi dengan keperluan pembelajaran dan pekerjaan menggunakan internet sejak setahun dua ini.
Bagi anda yang masih belum mendaftar, boleh menyemak penawaran setiap syarikat telekomunikasi, dan membuat permohonan untuknya hari ini.