Xiaomi Mengambil-Alih Syarikat Memfokuskan Teknologi Swapandu, DeepMotion

Diterbitkan pada Ogos 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi hari ini mengumumkan mereka mengambil-alih sebuah syarikat memfokuskan teknologi swapandu, dinamakan DeepMotion. Dengan pengambil-alihan ini, Xiaomi menyasarkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan kenderaan elektrik mereka akan dapat lebih disingkatkan berbanding tanpanya.

Pada masa yang sama, Xiaomi turut menekankan mereka sedang masih menghimpunkan pelbagai tenaga pakar untuk bahagian kenderaan elektrik mereka. Pada masa yang sama, Xiaomi ingin turut membangunkan teknologi swapandu tahap 4 untuk kenderaan mereka.

Selain pengambil-alihan DeepMotion, pihak Xiaomi turut telah mula melakukan pelaburan pada sejumlah syarikat memfokuskan kepada teknologi automotif.

Xiaomi sebelum ini telah mengumumkan penyertaan dalam arena automotif, dan menyasarkan untuk memperkenalkan kenderaan pertama dalam tempoh 3 tahun lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami