Speedtest : Kelajuan Muat-Turun Purata Di Malaysia Meningkat Kepada 28Mbps Untuk Talian Mudah-Alih
August 25, 2021
Telekomunikasi
Aman
Speedtest sering mengeluarkan kemaskini data bulanan berkenaan dengan purata kelajuan muat-naik dan muat-turun yang dinikmati pengguna. Terbaru, mereka turut telah mengeluarkan laporan untuk bulan Julai 2021 lepas.

Melalui data yang dikeluarkan, ia memperlihatkan pengguna tempatan menikmati purata kelajuan sekitar 28.02Mbps untuk muat-turun pada talian mudah-alih, selain muat-naik sekitar 10.70Mbps.
Perkara ini meningkatkan sedikit peningkatan berbanding bulan Jun 2021 yang lepas yang menyaksikan kadar kelajuan muat-turun sekitar 26Mbps..
Bagi anda sendiri, apakah purata kelajuan talian mudah-alih yang anda nikmati?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.