(Ura-Ura) iPhone 13 Dikatakan Boleh Mengecam Wajah, Walau Memakai Pelitup Muka

Diterbitkan pada Ogos 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disebabkan oleh pandemik ini, pihak berkuasa telah mewajibkan orang ramai untuk memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah. Selari dengannya, syarikat teknologi seperti Apple telah memperkenalkan kemaskini perisian iOS 14.5 untuk iPhone yang membolehkan pengguna nyah-kunci iPhone melalui Apple Watch ketika berada di luar, memandangkan agak sukar untuk nyah-kunci wajah ketika memakai pelitup muka.

Apa pun, tidak henti setakat itu, kini desas-desus baru hadir mengatakan Apple sedang membangunkan penyelesaian baru untuk era penggunaan pelitup muka kini.

Ia dikatakan, melalui iPhone 13, Apple mungkin memperkenalkan ciri Face ID yang turut boleh mengecam wajah walaupun sedang memakai pelitup muka.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna nyah-kunci menggunakan Face ID walaupun tiada Apple Watch.

Desas-desus sama mengatakan Apple telah mula menguji ciri ini dalam syarikat mereka.

Apa pun, buat masa ini, ia sekadar desas-desus sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya ketika pelancaran iPhone 13 pada September kelak sekiranya benar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami