Fitbit Charge 5 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 4 Oktober Pada Harga RM878

Diterbitkan pada Ogos 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fitbit Charge 5 telah dilancarkan secara rasmi semalam dan ia adalah penjejak kesihatan yang dilengkapi sensor ECG dan EDA yang setanding dengan yang digunakan pada jam tangan pintar. Bagi mereka yang ingin memilikinya, Fitbit Charge 5 akan mula dijual pada 4 Oktober ini pada harga RM878 seutas.

Di Malaysia selain mendapat seutas Charge 5, pembeli juga akan menikmati langganan Fitbit Premium selama 6 bulan secara percuma. Penjejak kesihatan ini hadir dengan skrin AMOLED berwarna buat pertama kali serta sensor seperti GPS, penjejak nadi, pengesan nafas, mengesan tahan stres tubuh, jumlah tenaga, penjejakan tidur dan juga kitaran haid. Dengan sekali caj, Fitbit Charge 5 boleh beroperasi sehingga 7 hari.

Ciri paling menarik ialah Daily Readiness Score yang memberitahu pengguna sama ada tubuh mereka bersedia untuk aktiviti sukan yang intensif ataupun perlu menumpukan kepada aktiviti lebih santai selepas menganalisa parameter tubuh yang dijejak sepanjang masa. Di Malaysia Fitbit Charge 5 akan dijual di rangkaian All IT Hypermarket, Best Denki, Flash Gadgets, Harvey Norman, Timekeeper, Thunder Match dan kedai atas talian rasmi Fitbit di Lazada serta Shopee.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami