Cari @ Amanz

Google Pixel 6 yang akan dilancarkan bulan hadapan akan melakar sejarah sebagai peranti Pixel pertama menggunakan cip Google Tensor yang dipercayai dibangunkan dengan kerjasama Samsung. Ini menandakan berakhirnya era cip Qualcomm pada peranti keluaran mereka. Kini menurut laporan Reuters, Pixel 6 juga akan menggunakan modem keluaran Samsung.

Ini adalah langkah yang menarik kerana selama ini modem Qualcomm digunakan untuk peranti di pasaran Amerika Syarikat dengan Samsung sendiri tidak menggunakan modem mereka di pasaran tersebut. Modem 5G Samsung ini dipercayai akan menyokong rangkaian mmWave yang lebih pantas. Sekiranya laporan ini adalah tepat, Samsung menerima sebuah lagi pelanggan yang menggunakan kelengkapan mereka kerana modem Exynos sebelum ini hanya digunakan oleh Vivo, Meizu dan Samsung Mobile sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd