Cari @ Amanz

Dizo yang merupakan sebuah jenama di bawah ekosistem Realme kini dalam perancangan untuk memperluaskan lagi penawaran produk sedia ada. Setakat ini, mereka telah hadir dengan beberapa aksesori berhubung seperti jam tangan menerusi Dizo Watch. Seterusnya, fon telinga nirwayar iaitu Dizo Wireless dan Dizo GoPods D.

Memetik laporan 91 Mobiles, jenama itu dijangka akan melancarkan kira-kira 7 produk baru dalam ketegori hiburan pintar pada bulan September kelak. Biarpun belum ada kepastian, namun ura-ura mengatakan produk berkenaan terdiri dengan tiga unit TWS, dua unit jam tangan dan dua lagi produk yang masih tidak diketahui.

Perkongsian ini bagaimanapun boleh dikaitkan sekali dengan ciapan Ketua Pegawai Eksekutif DIZO, Abhilash Panda yang sedang tular di media sosial. Ciapan berkenaan turut disertakan dengan gambar dan kapsyen yang menunjukkan produk baru mereka bakal tiba tidak lama lagi.

Rentetan perkongsian itu, ramai pihak menyasarkan produk di dalam gambar berkenaan adalah sebuah soundbar. Dalam pada itu, ada kemungkinan produk berkenaan hanyalah penjenamaan semula daripada soundbar daripada Realme yang dilancarkan terdahulu. Sejauh mana kebenarannya, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut.

Sumber : 91Mobiles

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd