Carian
Twitter Ticketed Spaces Kini Boleh Diakses Pengguna Aplikasi iOS
August 27, 2021 Effi Saharudin

Ciri Ticketed Spaces diumumkan oleh Twitter pada Mei lalu sebagai salah satu cara untuk pengguna menjana pendapatan dengan mengenakan bayaran kepada yang ingin menghadiri sesi Spaces yang dianjurkan. Hari ini Ticketed Spaces telah diaktifkan untuk kesemua pengguna aplikasi Twitter di iOS dengan yang memenuhi kriteria seperti 1000 pengikut, menjadi hos Spaces sebanyak tiga kali sejak 30 hari lalu, bukan akaun milik kerajaan dan akaun degan emel yang disahkan.

Dengan Ticketed Spaces pengguna boleh menjual tiket sebelum pengguna boleh mendengar perbuatan di dalam Spaces secara berbayar. Akses kepada ruang berbayar ini boleh ditawarkan bermula serendah $1 dan meningkat sehingga $999 bergantung kepada kehendak pengguna. Ticketed Spaces boleh dibuka kepada 5-100 pengguna pada setiap sesi. Sebelum ini Ticketed Spaces hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Komen