Cari @ Amanz

Rekaan Kamera Lasak GoPro Hero 10 Black Tertiris

Oleh Nazrin

Link Copied!

GoPro ialah sebuah jenama kamera lasak yang terkemuka, hadir dengan rekaan padat, tetapi memuatkan teknologi rakaman video dan gambar yang cukup canggih sekali.

GoPro Hero 9 Black diperkenalkan pada pertengahan tahun ini, tetapi nampaknya rekaan untuk kamera mereka seterusnya telahpun tertiris secara penuh. Dinamakan GoPro Hero 10 Black, ia diilhat hadir dengan rekaan yang boleh dikatakan hampir sama dengan model sebelumnya, tetapi dengan beberapa perubahan dari dalam dan luar.

Dari segi rekaan luaran, GoPro Hero 10 Black mempunyai rekaan yang hampir serupa dengan GoPro sebelum ini, cuma model terbaru ini dilihat akan hadir dengan logo GoPro yang berwarna biru. Dari segi dalamannya pula, GoPro Hero 10 Black ini dimuatkan dengan cip pemprosesan GP2 terbaru mereka.

Ia dikatakan bahawa kamera baru ini mampu merakam video pada resolusi 4K 120FPS ataupun 5.3K pada kadar segar semula 60FPS. Jika anda mahu merakam video pada kadar bingkai yang lebih tinggi, ia juga boleh merakam video pada resolusi 2.7k pada kadar 240FPS.

Menurut laporan tirisan oleh WinFuture, sensor kamera ini juga dipertingkatkan, membolehkannya mengambil gambar pada resolusi 23MP, 3MP lebih tinggi berbanding dengan model sebelum ini. Mereka juga mengatakan bahawa butiran lanjut mengenai GoPro Hero 10 Black ini akan diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi.

Sumber: WinFuture


Komen ()