Telegram Kini Telah Dimuat-Turun Lebih 1 Bilion Kali

Diterbitkan pada Ogos 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram Messenger, salah satu aplikasi permesejan dengan ciri sosial tersendiri, kini dilihat telah mencatatkan angka muat-turun melangkaui lebih 1 bilion kali.

Angka ini dikongsikan oleh pihak Sensor Tower, salah satu firma yang memantau data berkaitan aplikasi.

Ia diperkatakan Telegram mencatatkan angka muat-turun tinggi dari India, diikuti dengan Russia dan Indonesia.

Untuk makluman, sejak awal tahun ini, pelbagai persoalan hadir berkenaan dengan WhatsApp disebabkan oleh perubahan pada terma dan polisi aplikasi berkenaan – sekaligus membuatkan pengguna beralih ke alternatif seperti Telegram.

Telegram mempunyai sekitar 500 juta pengguna aktif bulanan, dan pada tahun ini telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk paling baru adalah ciri panggilan video berkumpulan.

Buat masa ini, Telegram masih sedang melihat kepada beberapa kaedah menjana kewangan, termasuk melihat pada pengiklanan dalam aplikasi mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami