TS Annuar Musa : Akses Internet Hak Asasi Manusia, Akan Diberi Perhatian Utama

Diterbitkan pada Ogos 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tan Sri Annuar Musa telah pun dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang baharu. Selari dengannya, beliau berkongsi beberapa pandangan, termasuk mengatakan akses internet akan menjadi salah satu perkara yang diberikan keutamaan ketika beliau menerajui kementerian berkenaan.

Beliau turut mengatakan akses internet perlu dianggap sebaagi hak asasi, selain daripada keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, dan pakaian.

TS Annuar Musa

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan tahun 2020 lepas, ramai yang bergantung kepada internet untuk melaksanakan tugasan atau mengikuti pembelajaran. Ketiadaannya, menyukarkan pelbagai operasi, selain turut membuatkan anak-anak ketinggalan dalam pendidikan.

Untuk menjayakan perkara ini, beberapa program sedia dijalankan termasuk Jalinan Digital Negara (Jendela), selain kerajaan akan mula memperkenalkan rangkaian 5G bermula penghujung tahun ini.

Sebelum ini, kerajaan turut telah menerima telekomunikasi sebagai utiliti awam ketiga, memerlukan pelbagai pembangunan baharu menyertakan sokongan telekomunikasi seperti air dan elektrik.

Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan pelbagai pembaharuan baharu daripada pihak KKMM.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami