Cari @ Amanz

Semalam, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple akan melengkapkan iPhone 13 dengan sokongan komunikasi satelit, sekaligus membolehkan pengguna turut membuat panggilan walaupun tidak mempunyai sambungan selular di sesuatu lokasi.

Apa pun, kini laporan lanjut hadir daripada Bloomberg, mengatakan komunikasi melalui satelit yang bakal ditawarkan berkenaan adalah terhad untuk panggilan kecemasan sahaja.

Ini bermakna, sambungan satelit ini adalah bukan untuk membolehkan anda kekal melayari internet, atau membuat panggilan ke rakan-rakan ketika tiada sambungan selular seperti 4G atau 5G, tetapi lebih kepada menggunakannya dalam menghantar mesej kecemasan sahaja.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan membolehkan pengguna kekal berhubung ketika waktu kecemasan, dan menyelematkan nyawa.

Laporan sama mengatakan yang mana walaupun iPhone akan datang bakal menyertakan sokongan teknikal untuk fungsi ini, namun, sambungan satelit kecemasan ini dijangka tidak akan diaktifkan sehingga tahun hadapan.

Ia turut diperkatakan yang mana terdapat kemungkinan Apple membatalkan ciri ini daripada diperkenalkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd