OnePlus Dijangka Memperkenalkan Variasi OnePlus Buds Pro Berharga Lebih Murah

Diterbitkan pada Ogos 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus sedia hadir dengan penawaran fon telinga nirwayar mereka terbaru, dinamakan sebagai OnePlus Buds Pro. Walaupun masih belum dijual di Malaysia secara rasmi, namun desas-desus berkaitan satu lagi variasi fon telinga baharu OnePlus telah mula kedengaran.

Mengikut info baru yang hadir ke arena internet, OnePlus dikatakan sedang membangunkan sebuah lagi fon telinga nirwayar dengan sokongan pembatalan hinggar aktif, pada harga lebih rendah berbanding OnePlus Buds Pro.

Sekiranya ia hadir dengan integrasi pembatalan hinggar aktif, dan turut menawarkan kualiti bunyi yang baik – tetapi pada harga kompetitif, tidak mustahil ia menerima permintaan tinggi daripada pengguna.

Bagi anda sendiri, adakah anda meminati fon telinga nirwayar, atau lebih berminat dengan fon telinga berwayar atau fon kepala?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami