HarmonyOS 2 dilancarkan secara rasmi pada Jun yang lalu sebagai sistem operasi kendiri dari Huawei. Ia kini secara rasminya digunakan pada lebih 70 juta peranti dengan 100 model disokong pada model berjenama Huawei dan Honor. Ini adalah peningkatan yang tinggi berbanding sekitar 40 juta peranti pada bulan Julai yang lalu.
Huawei mengesahkan perubahan sepenuhnya ke HarmonyOS 2 ini akan diberikan secara berperingkat ke peranti di pasaran China dan juga global. Dengan ini peranti yang sebelum ini menggunakan Android akan dapat dinaiktaraf ke HarmonyOS 2. Peranti yang mempunyai sokongan GMS seperti P30 Pro misalnya, akan kehilangan sokongan aplikasi Google secara rasmi selepas bertukar sistem operasi.
Sumber MyDrivers