LinkedIn Akan Membuang Ciri “Stories” Pada Penghujung September 2021

Diterbitkan pada Sep 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nampaknya platform sosial kini beralih daripada fokus terhadap ciri Stories ke sesuatu yang lain. Selepas Twitter menamatkan ciri Twitter Fleets sebelum ini, kini pihak LinkedIn mengumumkan mereka turut akan membuang ciri LinkedIn Stories daripada platform mereka.

LinkedIn mengatakan mereka mempelajari beberapa perkara melalui penggunnaan orang ramai terhadap LinkedIn Stories.

Antaranya adalah termasuk pengguna tidak mahu berkongsi sesuatu yang tidak formal pada profil mereka, dan lebih berminat berkongsi video panjang yang memberikan kisah penuh.

LinkedIn mengatakan mereka akan mengambil pengalaman daripada LinkedIn Stories ini dan mengintegrasikannya dalam pengenalan pengalaman video yang lebih baik kepada pengguna.

Dengan perubahan ini, platform manakah yang anda jangka bakal membuang ciri Stories daripada platform mereka selepas ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami