Cari @ Amanz

Telegram Kini Menyokong Penstriman Video Dan Panggilan Video Tanpa Had Penonton

Oleh Aman

Link Copied!

Telegram sedia menawarkan ciri panggilan video berkumpulan, tetapi mengehadkan kadar penonton kepada 1000 orang pada sesuatu masa sebelum ini. Namun, hari ini ia berubah, dan Telegram menawarkan sokongan tanpa had penonton.

Dengan langkah ini, pengguna Telegram boleh melakukan penstriman langsung pada saluran atau Group dengan mudah tanpa perlu risau ia tidak boleh disertai semua.

Untuk melakukan penstriman langsung atau panggilan video, anda hanya perlu pilih “Live Stream” pada Channel, atau “Video Chat” pada Group, dan seterusnya memulakan penyiaran anda.

Menariknya, penonton juga turut boleh menyertai siaran anda dengan ciri “Raise Hand” yang disediakan pada Telegram.

Kemaskini Telegram Messenger anda ke versi terkini hari ini, dan nikmati ciri tanpa had baharu ini.


Komen ()