Cari @ Amanz

Vivo Malaysia Mengacah Kehadiran Siri X70 Untuk Pasaran Tempatan

Link Copied!

Vivo sebelum ini menarik perhatian ramai menerusi pengenalan siri X60 yang merupakan peranti pertama mereka yang dihasilkan dengan kerjasama pakar optik, Zeiss. Terdapat dua model yang ditawarkan di Malaysia iaitu Vivo X60 berharga RM 2,699, manakala Vivo X60 Pro pula dijual pada RM3,299.

Dalam perkembangan terkini, Vivo dalam persediaan untuk pengenalan penggantinya pula iaitu siri Vivo X70. Ia dijadualkan akan membuat kemunculan rasmi di China pada minggu hadapan, 9 September 2021. Akan tetapi, apa yang lebih menarik adalah Vivo Malaysia turut sama dilihat mengacah kehadirannya menerusi satu poster di Facebook rasmi.

Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Vivo turut mempunyai perancangan untuk membawa masuk peranti tersebut ke pasaran tempatan. Persoalannya di sini ialah apakah model yang bakal ditawarkan kelak? Itu tanda tanya yang kini berlegar. Tetapi, penggunaan perkataan ‘series‘ pada poster tersebut memberi bayangan akan terdapatnya lebih daripada satu model yang bakal tiba.

Untuk siri berkenaan, Vivo dijangka memperkenalkan sekurang-kurang tiga model berbeza. Salah satu daripadanya iaitu Vivo X70 Pro telah ditemui tersenarai menerusi laman SIRIM dengan kod nama V2105. Sekaligus, ini bermakna ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : Vivo Malaysia


Komen ()