Cari @ Amanz

FoodPanda kini dilihat menguji harga penghantaran yang berubah-ubah mengikut kadar kesibukkan dan berapa ramai penghantar makanan yang ada disesuatu lokasi berkenaan.

Pihak FoodPanda memaparkan notifikasi perubahan harga ini ketika pengguna membuat tempahan – dan turut mengatakan harga mungkin menjadi lebih rendah selepas seketika. Anak panah berwarna merah turut dipaparkan pada bahagian kos penghantaran.

Beberapa pengguna telah mula melihat perubahan baharu ini, dan tidak mustahil FoodPanda memperkenalkan ciri ini dengan lebih meluas.

Sebelum ini, kita turut telah melihat pihak Grab menguji ciri baharu yang mengutamakan penghantaran seseorang – tetapi dengan bayaran tambahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd