Cari @ Amanz

Satu demo satu batu bata yang digunakan oleh Apple untuk membina taman bertembok mereka mula tercabut. Hari ini mereka akhirnya akur untuk membenarkan pautan ke laman web dari dalam aplikasi bagi membolehkan pendaftaran akaun dan pembelian langganan dilakukan di luar Apple Store kepada pengguna global bermula awal 2022.

Kebenaran diberikan Apple pada aplikasi di dalam kelas “membaca” yang menawarkan langganan digital majalah, suratkhabar, buku, audio, muzik dan video sahaja. Oleh itu aplikasi seperti Netflix, Prime Video dan Kindle boleh memintas pembayaran dalam aplikasi menerusi App Store selepas ini. Pembelian dalam aplikasi (IAP) untuk permua pada waktu ini masih perlu menerusi sistem pembayaran sedia ada.

App Store

Langkah ini diambil oleh Apple bagi menghentikan siasatan oleh Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun yang sudah dilakukan sejak 2016 untuk melihat sama ada Apple Store melakukan perniagaan secara monopoli. Pembangun hanya perlu memastikan sistem pembayaran perkhidmatan atas talian yang ditawarkan adalah selamat kepada pengguna. Oleh itu mereka akan bantuan akan diberikan Apple kepada pembangunan yang ingin menawarkan pembelian menerusi laman web mereka sendiri.

Tahun ini akan menjadi cukup mencabar buat Google dan Apple kerana polisi menggunakan sistem IAP syarikat mula dicabar oleh pembangun menerusi tindakan menyaman. Sementara itu di Korea Selatan Meluluskan RUU Membenarkan Pembangun Aplikasi Memintas Sistem Pembayaran Google dan Apple bagi memaksa Google dan Apple membenarkan pembayaran di luar sistem Play Store dan App Store sekiranya mereka tidak ingin didenda 3% pendapatan tahunan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd