Cari @ Amanz

Rekaan Xiaomi 11T Tertiris Ke Arena Web

Link Copied!

Xiaomi 11T dan 11T Pro akan dilancarkan bulan ini dan menarik sekali sudahpun melepasi laman SIRIM beberapa minggu yang lalu. Hari ini rekaan peranti misteri ini akhirnya tertiris menerusi laman 91Mobiles. Ia menunjukkan rekaan modul kamera belakang dan juga pilihan warna yang bakal ditawarkan kepada pengguna.

Tri-kamera utama diletakkan di bahagian belakang dengan salah satu sensor sebesar 108MP. Tiada maklumat mengenai dua kamera yang lain tetapi pastinya menyokong ultra sudut lebar dan makro seperti Mi 10T tahun lalu. Terdapat juga pelbagai maklumat mengenai pemproses MediaTek dan Snapragon digunakan. Peranti dijangka dilancarkan pada 15 September hadapan dan pada hari tersebut spesifikasi rasmi akan akhirnya diketahui


Komen ()