Cari @ Amanz

Nampaknya HMD Global terus-menerus menawarkan lebih banyak pilihan telefon pintar buat para pengguna. Sebelum ini, pihak Nokia Mobile Perancis secara tidak segaja telah memuat-naik perkongsian mengenai peranti Nokia yang belum diumumkan iaitu Nokia G50 5G. Perkara ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pelancarannya bakal diadakan dalam masa terdekat ini.

Tidak banyak informasi yang dikongsi ketika itu, tetapi ia kini tertiris tertiris sekali lagi menerusi laman Winfuture. Nokia G50 dikhabarkan mungkin dilengkapi cip Snapdragon 480. Ia merupakan cip dengan binaan 8nm yang menyokong rangkaian 5G secara terbina. Ini juga selari dengan poster dikongsi yang menunjukkan Nokia G50 adalah sebuah telefon pintar 5G. Ia juga adalah cip yang sama boleh dijumpai pada model Nokia X10 dan X20 sebelum ini.

Seterusnya, panel hadapannya adalah sejenis LCD berukuran 6.38-inci yang turut sama mempunyai rekaan bertakuk kecil pada bahagian atas. Paparan ini hanya menyokong resolusi HD+ atau lebih tepatnya 1560 x 720 piksel. Turut dapat dilihat, ia menyertakan sokongan pengimbas cap jari sisi bersama-sama dengannya. Bateri pula adalah sebesar 4,850mAh yang mungkin menyokong pengecasan 10W.

Setakat ini, belum ada informasi lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti.

Sumber : Winfuture

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd