Cari @ Amanz

Cip Pengimejan Vivo V1 Kini Rasmi Selepas Dibangunkan Selama Dua Tahun

Link Copied!

Cip pengimejan V1 kini disahkan sendiri oleh pihak Vivo semalam. Ia adalah hasil kajian selama dua tahun oleh Vivo untuk membangunkan cip pengimejan (ISP) kendiri bagi memenuhi keperluan sistem kamera peranti mudah alih keluaran syarikat. Peranti pertama dengan cip V1 ini ialah siri Vivo X70 yang akan dilancarkan kelak.

Vivo juga berkata mereka kini menumpukan pembangunan di empat cabang iaitu sistem pengimejan, sistem oiperasi, rekaan industri dan prestasi peranti. Timbalan presiden eksekutif dan CCO Hu Baishan dipetik berkata cip V1 akan memenuhi keperluan pengguna dengan lebih baik dengan mengoptimasikan aplikasi telefon pintar seperti rakaman video serta paparan viewfinder.

Sumber Sparownews


Komen ()