Samsung Galaxy A03s kini ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Ia merupakan sebuah peranti kelas permulaan dengan janaan cip MediaTek Helio P35. Seterusnya, ia juga dibekalkan beberapa lagi penawaran menarik lain seperti tri-kamera utama, bateri besar 5000mAh dan banyak lagi.
Bagi yang berminat, Samsung Galaxy A03s dijual pada RM559 untuk seunit. Terdapat tiga pilihan warna yang tersedia seperti hitam, putih dan biru. Anda boleh mendapatkannya menerusi kedai rasmi atas talian Samsung Malaysia bermula hari ini.
Samsung Galaxy A03s mempunyai skrin bersaiz 6.5-inci PLS TFT LCD beresolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang boleh dicas menerusi port sambungan USB Type-C.
Kamera utama terdiri dengan 13MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.0, pembesar suara mono, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi.
Sumber : Samsung Malaysia