Pindah WhatsApp iOS Ke Android – Kini Semua Telefon Samsung Menjalankan Android 10 Disokong

Diterbitkan pada Sep 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Diumumkan ketik acara Samsung Galaxy Unpacked pada bulan Ogos lalu, hari ini WhatsApp akhirnya mengaktifkan ciri memindahkan data pengguna dari peranti iOS ke peranti Android keluaran Samsung. Ya, pada waktu ini ciri pemindahan ini eksklusif pada peranti Samsung sahaja tetapi ia adalah langkah pertama bagi memudahkan migrasi pengguna dari iOS dan Android yang sebelum ini memerlukan aplikasi khas berbayar.

Untuk melakukan pemindahan, sambungan kabel secara fizikal diperlukan dengan kepada Lightning pada iPhone dan USB-C pada peranti Samsung. Kedua-dua peranti juga perlu menggunakan WhatsApp versi 2.21.160.17 di iOS dan versi 2.21.16.20 di Android dan juga Samsung SmartSwitch versi 3.7.22.1. Peranti Samsung yang disokong pula perlu menggunakan sekurang-kurangnya Android 10.

Pemindahan data dari iOS ke Android ini hanya boleh dilakukan pada peranti Samsung yang baharu atau telah menjalani proses tetapan semula. Hanya data perbualan,video dan gambar sahaja boleh dipindahkan pada waktu ini sementara data penghantaran wang yang telah dilakukan kekal pada peranti iOS.

WhatsApp turut menyasarkan ciri ini akan diperkenalkan ke peranti Android lain secara berperingkat tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami