Cari @ Amanz

Nubia Red Magic 6S Pro akan dilancarkan pada 6 September hadapan sebagai sebuah peranti untuk permua yang berkuasa. Dengan pelancaran semakin hampir, Nubia berkongsi beberapa lagi poster acah yang menunjukkan ciri-ciri yang bakal disertakan pada peranti ini.

Paling menarik ialah rekaan panel belakang yang lutsinar dengan pelbagai komponen dapat dilihat bersama dengan sistem lampu RGB pada sistem kipas penyejuk. Rekaan lutsinar ini menyerupai rekaan peranti Xiaomi Mi 8 Explorer Edition yang mempopularkannya walaupun sekadar panel olok-olok. Poster turut mengesahkan sokongan pengecasan 120W. Dengan peranti Red Magic 6 dilancarkan di Malaysia Jun lalu, pasti sekali Red Magic 6S Pro akan turut memasuki pasaran tempatan.

Sumber GSMArena

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd