ASUS ProArt StudioBook 16 dan StudioBook Pro 16 Dilengkapi Skrin OLED Serta Tombol Kawalan Berputar

Diterbitkan pada Sep 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apakah yang penting pada komputer riba kerja golong kreatif? Kami rasakan ianya skrin yang memaparkan warna yang tepat, pemproses berkuasa dab pad sesentuh yang jitu. Kesemua ini dan banyak lagi ditawarkan oleh menerusi dua komputer baharu ASUS ProArt StudioBook Pro 16 OLED dan ASUS ProArt StudioBook 16 OLED.

Mahukan skrin mantap? ASUS ProArt StudioBook Pro 16 OLED dilengkapi skrin 16″ OLED dengan resolusi 4K serta nisbah 16:10. Dari segi pemproses pula terdapat pilihan cip  Intel Xeon W-11955M,  Intel Core i9-11900H atau AMD Ryzen 9 5900HX, GPU NVIDIA GeForce RTX A5000 dan memori sehingga 64GB.

ASUS ProArt StudioBook 16 OLED dilengkapi skrin 16″ OLED dengan resolusi 4K serta nisbah 16:10. Dari segi pemproses pula terdapat pilihan cip Intel Core i9-11900H atau AMD Ryzen 9 5900HX, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3070 dan memori sehingga 64GB.

Keunikan pada model ProArt StudioBook ialah tombol kawalan ASUS Dial yang berputar berhampiran pad sesentuh. Tombol ini boleh digunakan pada perisan seperti Adobe Photoshop,After Effects, Premiere Pro dan Lightroom Classic. Ciri tombol ini mirip dengan tombol kawalan Surface Dial yang disokong pada Surface Studio. Pad sesentuh juga menyokong penggunaan stylus.

Kedua-dua komputer riba akan mula ditawarkan pada suku keempat 2021 dengan ASUS ProArt StudioBook Pro 16 OLED dijual pada harga bermula $2500 (~RM10366) manakala ASUS ProArt StudioBook 16 OLED pada harga bermula $2000 (~RM8293).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami