Cari @ Amanz

Pada iOS 15 Apple Akan Akhirnya Meminta Kebenaran Dahulu Sebelum Memaparkan Iklan Kepada Pengguna

Link Copied!

Secara lalai Apple menggunakan data pengguna bagi memaparkan iklan yang disasarkan pada peranti keluaran mereka menerusi ciri Personalised Ads. Bermula dengan iOS 15, Apple akan akhirnya meminta kebenaran pengguna terlebih dahulu sebelum memaparkan iklan yang bersesuaian di aplikasi App Store, News dan Stocks.

Kerana selama ini ia diaktifkan secara lalai, Apple berhadapan dengan kesalahan undang-undang antipakat. Umum diketahui Apple memperkenalkan ciri App Tracking Transparency (ATT)menerusi kemas kini iOS 14.5 pada April lalu. Pengguna peranti Apple boleh menghalang data mereka dijejak untuk digunakan bagi tujuan pengiklanan. ATT dengan pantas menerima kritikan dari pembangun seperti Facebook yang mengatakan Apple tidak adil kepada pembangun lalu.

Kepada pengguna peranti Apple sekarang, mereka boleh mematikan ciri Personalised Ads menerusi Settings -> Privacy -> Apple Advertising.


Komen ()