Sistem Kamera Periskop iPhone Menghadapi Isu Kerana Paten Dipegang Samsung

Diterbitkan pada Sep 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat beberapa ura-ura mengatakan Apple akan memperkenalkan sistem kamera periskop yang membolehkan iPhone melakukan zum yang tinggi berbanding yang digunakan sekarang. Kelemahan paling ketara iPhone ialah sistem zum yang hanya setanding kamera kelas pertengahan bawah Android dengan zum optikal sehingga 2X sahaja. Paten telahpun dianguerahkan kepada Apple untuk sistem kamera periskop kendiri tetapi berhadapan isu kerana paten yang dipegang oleh Samsung Electro-Mechanics menurut laporan The Elec.

Sistem kamera periskop mereka memerlukan penggerak bebola untuk mengubah kedudukan lensa-lensa yang disusun. Paten untuk penggerak bebola ini dipegang oleh Samsung walaupun Apple ingin menggunakan perkhidmatan LG Innotek bagi membekalkan sistem kamera periskop mereka. LG Innotek sendiri menggunakan Samsung sebagai pembekal.

Apple dilaporkan tidak ingin membayar royalti kepada Samsung untuk sistem kamera periskop mereka. Mereka perlu membayar lesen untuk terus menggunakan rekaan sedia atau atau melakukan rekaan semula tanpa penggerak bebola yang akan menangguhkan lagi pengenalan kamera periskop pada iPhone. Apple masih mempunyai masa untuk mengambil keputusan kerana hanya diramalkan menggunakan sistem kamera ini pada tahun 2023.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami