Cari @ Amanz

Selepas enam tahun dilancarkan, YouTube Premium dan Music kini mencecah angka 50 juta pelanggan. Menurut Lyor Cohen yang merupakan ketua bahagian muzik YouTube global, perkhidmatan muzik mereka kini mencatatkan peningkatan pelanggan terpantas di dunia.

Ini dibantu dengan oleh tindakan YouTube menawarkan Premium dan Music dalam satu berkas dengan penawaran harga yang rendah. Dengan langganan dua perkhidmatan serentak, peminat boleh mendengar muzik dari artis mereka dan kemudiannya berubah menonton muzik video lagu yang sama secara masa nyata di YouTube Music.

Di Malaysia langganan YouTube Premiun telah ditawarkan sejak November 2019 dan telah saya langgan kerana tidak tertahan lagi dengan jumlah iklan yang naik mencanak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd