Huawei Nova 9 Kini Diperlihatkan Melalui Poster Rasmi – Bakal Dilancarkan Pada 23 September

Diterbitkan pada Sep 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdahulu, wujud desas-desus mengatakan Huawei Nova 9 akan membuat kemunculan rasminya sekitar bulan ini. Mengulas perkembangan terkini berhubung perkara berkenaan, Huawei kini dilihat berkongsi tarikh pelancaran rasminya secara khusus menerusi satu poster rasmi di Weibo.

Menurut Huawei, peranti ini akan dilancarkan di China pada 23 September 2021. Selain daripada itu, poster turut memperlihatkan peranti ini mempunyai panel belakang lengkap dengan modul kamera unik seakan Honor 50 Pro. Dapat dilihat, ia menunjukkan modul kamera berbentuk bujur yang menempatkan satu lensa gergasi. Kemudian ia diikuti dengan tiga tambahan lensa kecil pada bonggol berlainan. Pada masa yang sama, panel belakangnya juga mempunyai penjenamaan Nova.

Huawei Nova 9 juga akan menjalankan HarmonyOS yang merupakan sistem operasi dibangunkan oleh Huawei sendiri. Sementara itu, turut tular di media sosial mengatakan Huawei Nova 9 besar kemungkinan dilengkapi rangkaian 5G secara terbina – tidak seperti siri Huawei P50 yang sekadar menyokong rangkaian 4G sahaja. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi untuk kemaskini lebih lanjut.

Sumber : Weibo

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami