Carian
Red Magic Watch Vitality Edition Diumumkan Dengan Saiz Skrin Lebih Kecil
September 7, 2021 Amy Maizuraa

Seiring pengenalan Nubia Red Magic 6s Pro, jenama ini turut sama hadir dengan penawaran peranti boleh pakai baharu menerusi Red Magic Watch Vitality Edition. Secara kasarnya, ia mempunyai rekaan fizikal sama seperti RedMagic Watch sebelum ini. Cumanya, model kali ini menampilkan saiz skrin lebih kecil dan jisim yang ringan.

Red Magic Watch Vitality Edition menggunakan skrin berukuran 1.19-inci AMOLED yang turut sama menyokong fungsi Always On Display. Ia seterunya memiliki jisim sekitar 23 gram, di mana lebih ringan berbanding RedMagic Watch yang seberat 30 gram. Sama seperti kebanyakan jam tangan pintar asas lain di pasaran, ia juga memiliki fungsi pemantauan kesihatan dan mod sukan yang pelbagai.

Ini termasuklah pengesanan kadar jantung, spO2 untuk pengesanan ketepuan oksigen dalam darah, pemantauan corak tidur dan banyak lagi. Tidak ketinggalan, ia juga mempunyai ciri penarafan kalis air 5ATM untuk aspek ketahanannya. Setakat ini, harga jualan rasmi masih belum diumumkan. Tetapi, ada perkhabaran menyatakan ia akan ditawarkan dalam julat harga sekitar RMB499 yang bersamaan dengan kira-kira RM321.

Sumber : Gizmochina

Komen