Penggera Google Clock Anda Tidak Berfungsi? Ini Semua Salah Spotify

Diterbitkan pada Sep 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak seminggu lalu pengguna Google Clock melaporkan isu penggera tidak berbunyi pada waktu yang ditetapkan. Google dipersalahkan dengan markah aplikasi Google Clock diberikan hanya satu bintang oleh pengguna yang marah. Tetapi menurut laporan Liliputing, ini semua salah Spotify.

Pengguna yang melaporkan penggera tidak bunyi kesemuanya memilih lagu dari Spotify sebagai penggera. Ini ialah ciri yang telah diberikan sejak 2018 lagi. Kemaskini yang diberikan oleh Spotify pada aplikasi mereka menyebabkan muzik yang dipilih tidak boleh dimainkan dan akibatnya penggera tidak mengejutkan yang terlena di pagi hari.

Pihak Google sudah dimaklumkan mengenai isu ini dengan kemas kini akan diberikan dalam masa beberapa minggu lalu. Sementara itu isu boleh diselesaikan dengan memilih bunyi penggera yang bukannya dari Spotify untuk sementara waktu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami