Cari @ Amanz

Setiap tahun Samsung akan memperbaharui tanda dagang untuk peranti keluaran mereka sebelum model baharu dilancarkan. Tetapi menurut laporan Galaxy Club, tahun ini Samsung tidak memperbaharui tanda datang untuk Galaxyt Note di Korea Selatan. Hanya tanda dagang Galaxy S, Galaxy Z, Galaxy A dan Galaxy M sahaja dikemaskini pada penghujung Ogos yang lalu.

Not

Ini boleh dilihat sebagai petanda bahawa siri Galaxy Note akan dihentikan terus selepas tidak dilancarkan tahun ini. Adalah tidak masuk akal untuk Samsung terus mengeluarkan siri Galaxy Note sedang mereka sudahpun mempunyai peranti kelas mercu Galaxy S dan Galaxy Z sekarang. Galaxy Z akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Galaxy Note.

Tahun ini Samsung Galaxy S21 Ultra dan Samsung Galaxy Z Fold3 kedua-duanya menyokong S Pen membuatkan tiadanya keperluan untuk Galaxy Note untuk terus wujud. Walaupun saya ada mengatakan Galaxy Note ialah peranti yang tiada galang ganti, ianya terlalu niche sekarang kerana hilangnya keunikan ciri S Pen dan skrin yang besar sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd