Mac lalu kami melaporkan Honda, KTM. Piaggio dan Yamaha bersetuju untuk menubuhkan sebuah konsortium bagi menyeragamkan sistem bateri boleh-tukar untuk motosikal dan kenderaan elektrik bersaiz kecil. Swappable Batteries Motorcycle Consortium (SBMC) ingin menyeragamkan piawaian sistem pengecasan, infrastruktur, kos pembangunan, masa pengecasan, kapasiti bateri dan spesifikasi teknikal.

Penubuhan juga cuba menggalakkan penggunaan kenderaan ringan, skuter, moped dan motosikal berkuasa elektrik dalam masa terdekat. Turut akan diseragamkan ialah pengurusan bateri selepas lumut tempoh penggunaan bagi mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Walaupun ditubuhkan oleh empat syarikat motosikal utama dunia sahaja pada waktu ini, SBMC mengalu-alukan penyertaan syarikat lain ke dalam konsortium ini.