Cari @ Amanz

LG Memperlihatkan Panel Real Folding Window Yang Tidak Meninggalkan Kesan Lipatan

Link Copied!

LG Chem melancarkan Real Folding Window minggu ini yang menurut mereka adalah panel tahan lasak untuk skrin boleh-lipat. Kelebihan panel ini menurut LG ialah ia tahan lasak seperti permukaan kaca tetapi cukup fleksibel untuk dilentur tanpa meninggalkan kesan lipatan.

Ia telah diuji dan mampu bertahan sehingga 200,000 kali lipatan. Bahan yang diperbuat daripada plastik PET disadur dengan bahan baharu yang direka mereka yang memberikan kelebatan hanya beberapa dozen mikrometer. Real Folding Window juga tahan lasak untuk dilipat pada kedua-dua arah oleh pengeluar peranti.

Tambah LG Chem lagi, Real Folding Window mempunyai ketahanan yang sama seperti kaca tahan lasak yang yang dipasang sebagai pelindung skrin tetapi tidak akan retak. Jika dibandingkan dengan penyelesaian menggunakan panel poliamida semasa ia juga lebih murah.

Kepada Samsung yang mengeluarkan lapisan kaca UTG untuk peranti boleh-lipat, Real Folding Window bukan lagi pesaing pada waktu ini kerana pengeluaran akan hanya dimulakan tahun 2022 dengan pengeluaran pada skala besar pual menjelang 2023. Kerana wujud laporan Apple ingin mengeluarkan iPhone boleh-lipat pada tahun 2023, adakah ini komponen pertama yang didedahkan?


Komen ()