Samsung Menjual UTG Kepada Google – Peranti Pixel Boleh-Lipat Bakal Menyusul

Diterbitkan pada Jun 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Display akan mula menjual kaca boleh lipat Ultra Thin Glass (UTG) kepada syarikat lain tahun ini menurut laporan ETNews. Antara syarikat terawal yang menjadi pelanggan UTG ialah Google. Ini mengukuhkan ura-ura bahawa Google kini bersedia untuk menghasilkan peranti Pixel dengan skrin boleh-lipat.

Samsung Display mempunyai hak eksklusif menghasilkan UTG selepas melabur ke dalam Dowoo Insys yang menciptanya. Teknologi kaca nipis yang boleh lipat menjadikan peranti skrin boleh-lipat lebih tahun lasak. Generasi pertama peranti skrin boleh-lipat menggunakan lapisan plastik yang meninggalkan kesan lipatan yang lebih ketara dan mudah calar.

Selain Samsung Display, UTG juga akan dikeluarkan oleh Corning dengan kerjasama Samsung dan BOE juga tidak ketinggalan bagi memberikan persaingan dalam memasarkan skrin boleh-lipat kepada pengeluar lain.

Sumber ETNews

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami