Carian
Program Vaksinasi Untuk Golongan Remaja Dimulakan Di Sarawak Hari Ini
September 8, 2021 Effi Saharudin

Program vaksinasi Covid-19 untuk remaja di Malaysia akan dimulakan hari ini di Sarawak. Pada waktu ini remaja berusia 16-17 tahun dan 12-15 tahun yang mempunyai risiko kesihatan yang tinggi akan didahulukan terlebih dahulu. Kemudian program akan dikembangkan pula ke Lembah Klang dan Labuan.

Pfizer

Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin mengumumkan permulaan program menerusi ciapan beliau pagi ini. Turut disahkan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada golongan remaja. Vaksin ini dipilih kerana telahpun dibuktikan selamat berdasarkan beberapa ujian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat sebelum ini. Program vaksinasi untuk remaja ini hadir selepa dua bulan ia diberikan kebenaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Komen