Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan sensor pengimejan sebesar 200-megapixel, dan dijangka digunakan pada beberapa telefon pintar akan datang tidak lama lagi.
Menariknya, Samsung tidak berhenti setakat itu sahaja, dan kini dilihat menyasarkan pengenalan sensor pengimejan sebesar 576-megapixel menjelang 2025 kelak.

Untuk makluman, pada tahun lepas, Samsung pernah berkongsi sasaran untuk hadir dengan sensor pengimejan sehingga 600-megapixel, selain mengatakan kajian mendapati mata manusia menawarkan kada resolusi seumpama sensor 500-megapixel.
Apa pun, sensor bersaiz besar ini bukan disasarkan untuk penggunaan telefon pintar. Sebaliknya, ia untuk tujuan lebih meluas, seperti robotik, kenderaan swapandu, dron dan sebagainya.
Namun, dengan perang spesifikasi yang berlaku pada telefon pintar, tidak mustahil kita turut melihat kehadiran kamera bersaiz lebih besar ke telefon pintar pada masa akan datang.