Realme GT 2 Neo akan dilancarkan dalam masa terdekat dengan imeh pengolokannya tertiris beberapa hari yang lalu. Hari ini rekaan peranti ini dalam edisi khas Mercedes-AMG telahpun tertiris ke arena web. Peranti akan ditawarkan dalam warna hijau yang unik dan penjenamaan AMG pada panel belakang.

Dari segi rekaan ia amat mirip dengan OnePlus Nord2 5G yang dilancarkan pada bulan Julai yang lalu. Kerana penjemaan bersama pasukan lumba kereta yang ternama, GT 2 Neo pastinya sebuah peranti yang berprestasi tinggi. Misteri mengenai spesifikasi pastinya akan terungkai apabila peranti dilancarkan kelak. Tetapi yang menarik ialah Realme, sebuah jenama baharu sudah melakukan kerjasama dengan syarikat lumba kereta ternama seperti OnePlus pernah bekerjasama dengan McLaren.
Sumber Gizchina