Cari @ Amanz

TCL 20R 5G Hadir Dengan Skrin 90Hz, Cip MediaTek Dimensity 700 Dan Tri-Kamera Utama

Link Copied!

TCL kini memperluaskan barisan peranti di bawah rangkaian TCL 20 di pasaran Eropah dengan sebuah lagi model baharu menerusi pengenalan TCL 20R 5G. Seperti namanya, ia merupakan sebuah peranti yang dilengkapi rangkaian 5G terbina menerusi janaan cip MediaTek Dimensity 700.

Untuk spesifikasi khusus, TCL 20R 5G menggunakan skrin berukuran 6.52-inci beresolusi HD+ bersama kadar segar semula 90Hz. Turut dapat dilihat, ia menampilkan panel hadapan bertakuk kecil pada bahagian atas untuk perletakan kamera swafoto. Di samping itu, ia juga dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.

Turut melengkapinya adalah sistem tri-kamera di belakang dengan tetapan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (makro). Bateri sebesar 4,500mAh dengan pengecasan 10W turut sama disertakan bersama-sama dengannya. Seterusnya, TCL juga menjanjikan kemaskini sekuriti selama tiga tahun dan satu kemaskini Android utama untuk peranti pintar ini. TCL 20R 5G dijual pada harga €299

Sumber : Xda-developer


Komen ()