Cari @ Amanz

Pandemik mengajar kita untuk melakukan pembatasan fizikal dan secara tidak langsung memecutkan penggunaan sistem pemabayaran nirtunai di tahap global. Kini membeli burger tepi jalan dan kuih di geraipun menerima pembayaran nirtunai. Kita benar-benar sudah hidup di masa hadapan. April lalu aplikasi CaltexGO dilancarkan oleh kumpulan Cheveron di Singapura untuk pembayaran mengisi minyak secara nirtunai. Hari ini ia akhirnya boleh digunakan di pelanggan stesen Caltex di Lembah Klang.

Seperti aplikasi pembayaran minyak nirtunai lain di pasaran, CaltexGO membolehkan pelanggan melakukan pembayaran tanpa berinteraksi dengan pekerja, mencari lokasi stesen Caltex berhampiran dan mengumpul mata ganjaran BPoints untuk kad Journey mereka. Aplikasi hanya boleh digunakan oleh pelanggan di Lembah Klang sahaja pada waktu ini tetapi akan dikembangkan ke seluruh Malaysia pada separuh tahun pertama 2022.

Sebagai promosi, pelanggan yang melakukan pembayaran sekurang-kurangnya RM30 menggunakan aplikasi akan mendapat RM5 dalam bentuk pulangan tunai sebanyak dua kali sehingga 31 Disember2021. Aplikasi CaltexGO kini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd