Cari @ Amanz

NASA mengumumkan projek u projek QueSST (Quiet Super Sonic Transport) bagi membangunkan pesawat supersonik yang lebih senyap untuk keperluan masa hadapan. Antara teknologi yang digunakan NASA untuk menghasilkan pesawat yang lebih senyap ialah menggantikan kokpit kaca hadapan dengan kamera. Oleh itu juruterbang melihat keluar dengan menggunakan skrin 4K.

Selepas sistem paparan 4K ini dipaparkan pada tahun 2029, NASA kini memulakan ujian ke atas sistem eXternal Vision System (XVS) ini dilakukan pada sebuah pesawat Beechcraft King Air UC-12B. Selain ujian kamera pada pesawat sebenar, sistem komputer juga diuji untuk memastikan ia melepasi piawaian getaran ketika beroperasi.

Pesawat X-59 QueSST akan dibina oleh Lockheed yang mempunyai pengalaman membina pesawat supersonik SR-71. Pembinaan pesawat supersonik yang lebih senyap adalah perlu kerana ia antara faktor mengapa Concorde dianggap gagal. Letupan sonik yang dihasilkan apabila terbang pada kelajuan tinggi menyebabkan ia tidak dibenarkan terbang di kawasan berpenduduk. Singapore Airlines misalnya terpaksa terbang pada kelajuan biasa apabila melalui ruang udar Malaysia dan Indonesia pada pesawat Concorde untuk laluan ke London mereka beberapa dekad yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd