Carian
Samsung Galaxy A52s 5G Boleh Mula Dipratempah Di Malaysia Pada Harga RM1899
September 9, 2021 Amy Maizuraa

Samsung Galaxy A52s 5G telah dilancarkan pada pertengahan Ogos lalu. Dari segi perkakasan dalaman, ia dilihat menerima penambahbaikan berbanding pendahulunya iaitu Galaxy A52. Melaluinya, peranti ini dipadankan dengan cip Snapdragon 778G yang lebih berkuasa berbanding Snapdragon 750G sebelum ini.

Untuk makluman, peranti ini telahpun mula ditawarkan di laman Direct D pada harga RM1,899. Ia nampaknya mula ditawarkan lebih awal sebelum pengumuman rasmi oleh Samsung Malaysia. Bagi yang berminat, sesi pratempah telah dibuka bermula sekarang dan peranti dijangka akan diterima diantara 11 – 17 September.

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy A52s dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (1080 x2400 piksel). Paparan ini juga menyokong kadar segar semula yang tinggi mencecah 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 4500mAh yang turut sama menyokong pengecasan 25W.

Menariknya lagi, ciri RAM Plus diperkenalkan untuk menambah memori secara maya pada peranti ini. Kamera utama adalah 64-Megapixel (OIS), 8-Megapixel, 5-Megapixel dan 5-Megapixel. Sementara itu kamera swafoto sebesar 32-Megapixel. Lain-lain spesifikasi adalah ketahanan kalis air IP67, pengimbas cap jari dalam skrin, bicu audio dan speaker stereo.

Sumber : DirectD

Komen