Samsung Galaxy Tab S7 FE Turut Mula Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula Dari RM1899

Diterbitkan pada Sep 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada Samsung Galaxy A52s 5G, sebuah lagi tablet terkini daripada Samsung turut sama mula ditawarkan di Malaysia. Tablet dimaksudkan adalah Samsung Galaxy Tab S7 FE dan ia ditawarkan pada harga bermula RM1899. Meskipun belum diumumkan secara rasmi oleh Samsung Malaysia, tetapi tablet ini dilihat telah mula diiklankan oleh penjual tempatan, DirectD.

Bagi yang berminat, pratempahan telah mula dibuka sekarang dan peranti dijangka akan diterima diantara 11-17 September kelak. Tersedia dalam dua variasi berbeza, di mana model 4GB/64GB berharga RM1,899, sementara itu model 6GB/128GB pula dijual pada RM2,199. Setiap pratempahan didatangkan dengan aksesori menarik secara percuma berupa sebuah stylus, papan kekunci fizikal dan kerangka pelindung tablet.

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy Tab S7 FE dilengkapi skrin 12.4″ TFT dengan resolusi WQXGA, dijana cip Snapdragon 750G, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB dan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB. Tablet ini turut hadir dengan kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP. Melengkapi spesifikasi ialah bateri 10,090 mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W menerusi port USB-C.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami