Cari @ Amanz

Polestar ialah jenama kenderaan elektrik sepenuhnya oleh Volvo. Ia memegang takhta sebagai kereta elektrik pertama yang menggunakan sistem Android Automotive sepenuhnya untuk sistem infohibur dan kawalan peranti dalam kokpit. Tetapi kenderaan elektrik mereka tidak terhenti pada kereja sahaja dan kini prototaip pertama trolik elektrik Re:MOve mereka telah diperlihatkan kepada umum.

Re:Move ialah visi Polestar menghasilkan kenderaan elektrik kecil yang digunakan di dalam bandar. Kerana kelajuan dihadkan ke 25 km/j sahaja, ia diklasifikasikan sebagai basikal dan tidak memerlukan lesen untuk digunakan. Pemandu mengawal Re:Move secara berdiri dengan ruang kargo rata terletak di bahagian hadapan. Dengan lebar hanya 750mm, ianya boleh digunakan dengan selamat pada laluan basikal di bandar-bandar utama.

Setiap Re:Move boleh membawa kargo sehingga 180 kg dengan konfigurasi tiga tayar. Dua tayar di hadapan membolehkan ia menyendeng ketik membelok. Kawalan kenderaan juga menggunakan konfigurasi basikal. Polestar membayangkan Re:Move digunakan oleh perkhidmatan penghantaran jarak pendek di dalam bandar bagi mengurangkan pencemaran. Buat masa ini Re:Move masih sekadar prototaip tanpa sebarang perancangan untuk menawarkannya kepada umum pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd