Seiring pengenalan Vivo X70, X70 Pro dan X70 Pro+, terdapat dua lagi model lain yang turut diperlihatkan. Model berkenaan adalah Vivo X70t dan X70t Pro. Apa yang dilakukan oleh Vivo menerusi dua model ini adalah menukar cip pemprosesnya berbanding versi asal. Di mana, Vivo X70t dikuasakan oleh cip Exynos 1080. Sementara itu, Vivo X70t Pro pula menggunakan cip MediaTek Dimensity 1200. Lain-lain spesifikasi pula adalah sama sahaja.
Vivo X70t Pro menggunakan skrin 6.56″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri 4,450 mAh yang menyokong pengecaasan 44W. Kamera utama adalah 50-Megapixel + 12-Megapixel + 12-Megapixel + 8-Megapixel dan kamera hadapan pula 32MP. Kemampuan fotografi turut dilengkapi cip ISP V1 yang dikeluarkan sendiri oleh Vivo.
Vivo X70 pula dilengkapi skrin 6.56″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB UFS 3.1 dan bateri 4400 mAh yang menyokong pengecaasan 44W. Tetapan kamera utama terdiri dengan 40-Megapixel + 12-Megapixel + 2-Megapixel. Kamera hadapan juga adalah sebesar 32MP. Sayangnya, model ini tidak dilengkapi cip V1.
Setakat ini, masih belum ada pengumuman harga rasmi untuk kedua-dua model ini. Kita boleh menjangkakan ia bakal diperkenalkan dalam masa terdekat.
Sumber : Vivo Weibo