Carian
Realme GT Neo2 Akan Dilancarkan Pada 22 September
September 13, 2021 Amy Maizuraa

Realme dalam satu perkongsian baharu di Weibo dilihat berkongsi lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk Realme GT Neo2. Pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 22 September 2021 dalam sebuah acara yang diadakan di China. Realme GT Neo2 merupakan pengganti baharu untuk Realme GT Neo yang diperkenalkan sekitar bulan Mac lalu.

Tiada informasi lanjut mengenai peranti yang dikongsi oleh pihak Realme setakat ini. Ia bagaimanapun dipercayai mempunyai persediaan kamera di belakang seakan OnePlus Nord 2 5G. Tetapi, terdapat sedikit perbezaan dari segi susunan lensa. Ia juga dilaporkan telah tersenarai di laman penanda aras Geekbench dengan penggunaan cip Snapdragon 870.

Turut sama tular spekulasi awal yang mengatakan Realme GT Neo2 akan mempunyai skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Melengkapinya adalah sensor utama 64-Megapixel dan kamera swafoto 16-Megapixel, bateri berkapasiti 4,500 dengan pengecasan 65W.

Buat masa ini, spesifikasi yang dikongsi masih diperingkat spekulasi awal semata-mata. Masih tidak diketahui, sejauh mana kebenaran untuk spekulasi ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya daripada pihak Realme sendiri.

Sumber : Weibo

Komen